.
05 dec 2014
CAMDEN: Seorang lelaki di New Jersey dihukum penjara selama 110 tahun atas kesalahan merogol kanak-kanak perempuan dan menikam sampai mati adiknya yang berusia enam tahun yang cuba menyelamatkannya.
Osvaldo Rivera, 35, dijatuhkan hukuman itu bagi kesalahan jenayah yang dilakukan pada 2012 selepas mengambil dadah 'wet' atau 'marijuana'. Beberapa minggu sebelum kejadian itu, seorang wanita New Jersey yang mengambil dadah sama memancung kepala anak lelakinya yang berusia dua tahun dan kemudian membunuh dirinya sendiri.
Kedua-dua tragedi itu menarik perhatian umum kepada bahaya dadah dan beberapa kejadian membunuh diri di kawasan berkenaan.Pihak berkuasa berkata Rivera memecah masuk ke rumah mangsa pada awal pagi 2 September 2012 dan menyerang kanak-kanak perempuan itu yang sedang tidur di sofa.
Anggota keluarga berkata adik mangsa yang berusia enam tahun itu, Dominick Andujar ditikam ketika cuba menyelamatkan kakaknya. Rivera didapati bersalah Julai lalu atas tuduhan cubaan membunuh, melakukan serangan seks, memecah masuk ke rumah mangsa dan melakukan ancaman seperti pengganas. - AP
Osvaldo 2 dari kiri dijatuhkan hukuman bagi kesalahan jenayah yang dilakukan pada 2012 - fotoAFP
kes yang sama hari iniDI SINI
0 Response to "Lelaki di New Jersey dipenjara 110 tahun kerana rogol dan bunuh kanak-kanak."
Post a Comment