Kenapa Siti & Ziana pakai tudung serupa ?

.
05 dec 2014

KUALA LUMPUR-3 dis 14: Adakah ia kebetulan atau disengajakan, apabila 2 bintang pop tersohor tanahair, Dato Siti dan Ziana Zain menyarungkan tudung yang sama daripada rekaan Rizman Ruzaini.

Sukar mendapat penjelasan daripada pereka fesyen berkenaan kerana mereka kini sibuk menikmati udara segar lagi nyaman di turkey bersama rombongan penyanyi Ziana Zain.
( gambar ziana zain di TurkiDI SINI )

Baik Siti mahu pun Ziana,kedua-dua diva berkenaan sering saja menyarungkan persalinan rekaan Rizman Ruzaini, sama ada dalam pertunjukan pentas mahupun acara kasual dan formal.

Ziana Zain buat pertama kalinya telah menyarungkan tudung bertakhtakan batu jernaki berkilau itu ketika menghadiri acara pertunjukan fesyen Islamic Fashion Festival di Hotel JW marriot baru-baru ini dan dalam masa yang sama seorang model telah mengayakan tudung serupa di laluan runway acara berkenaan.

Malah jika dilihat potongan pakaian serba hitam yang digayakan siti ketika konsert berkenaan, ianya seakan sama dengan potongan yang digayakan ziana zain, cuma terdapat perbezaan pada beberapa bahagian tertentu terutamanya pada bahagian kain.
kenapa dato siti nurhaliza  ziana zain pakai tudung serupa



Dalam persalinan serba hitam, Ziana sekali menggayakan tudung serupa dan telah memberikan pose istimewa di dalam Instagram pereka fesyen kegemaran ramai itu. Tudung yang sama telah digayakan Siti  ketika menjayakan Konsert The Magic of Asean beberapa hari lalu.




0 Response to "Kenapa Siti & Ziana pakai tudung serupa ?"

Post a Comment