.
30 nov 2014
Imej pegun daripada video yang tersebar luas di emdia sosial
menunjukkan Jolly Tumuhiirwe sedang memijak bayi.
KAMPALA: Polis Uganda telah menahan seorang pembantu rumah atas dakwaan percubaan untuk membunuh selepas dia didapati mendera seorang bayi berusia 18 bulan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Kes yang dilaporkan semalam itu mengejutkan seluruh negara tersebut.
Ibu bapa bayi tersebut yang curiga dan bimbang telah memasang CCTV tersebut ketika mereka keluar bekerja. Mereka terkejut apabila rakaman menunjukkan pembantu rumah berkenaan menolak anak perempuan mereka ke lantai.Dia kemudian telah menendang muka dan perut bayi malang itu sebelum memijak bahagian belakang tubuhnya. Pembantu rumah tersebut kemudiannya mengheret bayi yang tidak bermaya itu keluar dari ruang berkenaan,
Video yang menyentap perasaan itu kini telah ditonton dan dikongsi ribuan kali di media sosial.
0 Response to "Uganda gempar bayi didera pembantu rumah."
Post a Comment