Irwansyah dan isteri ditangkap ketika berpesta dadah.

.
30 nov 2014

Irwansyah dan isteri ditangkap ketika berpesta dadah
JAKARTA
Artis popular Indonesia Irwansyah dan isterinya Zaskia Sungkar serta Raffi Ahmad dan Wanda Hamidah adalah empat artis yang ditahan bersama 13 lagi ketika sedang berpesta dadah di rumah Raffi di Lebak
Bulus, Jakarta Selatan, pagi Ahad. Raffi yang juga bekas kekasih penyanyi Yuni Shara iaitu kakak kepada penyanyi Krisdayanti

Telah ditangkap sepasukan anggota Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia yang 
menyerbu rumah Raffi pada waktu Subuh setelah mendapat maklumat orang ramai.


Ketua BNN Anang Iskandar, mengumumkan penahanan artis tersebut  bersama suspek yang lain dalam sidang media di sini petang ini, Pasukan BNN turut merampas sejumlah dadah yang dipercayai jenis ganja dan pil khayal di tempat di tempat kejadian.

Sebelum ini dia dilapor telah mendaftar nama untuk menjadi calon Parti Amanat Nasional,Tetapi parti itu tidak teragak-agak untuk menggugurkan nama Raffi daripada senarai bakal calon PAN jika beliau disahkan terlibat dengan dadah.-Awani.








0 Response to "Irwansyah dan isteri ditangkap ketika berpesta dadah."

Post a Comment