Mayat dengan baju Tidur Dijumpai Bawah Kereta.

.
24 nov 2014
SEMALAM mayat wanita ditemui di bawah sebuah kereta dengan hanya berbaju tidur dan berlumuran darah di kawasan perumahan kondominium prima setapak 2,Jln Gombak, ia ditemui oleh seorang pengawal keselamatan kira-kira pada pukul 6.30 pagi semasa pengawal tersebut menjalankan tugasnya,

Ketika ditemui mangsa yang berusia sekitar 20-an terbaring dalam keadaan mengerikan di bawah sebuah kereta model Proton Saga.Siasatan awal pihak polis mendapati penduduk kondominium berkenaan tidak mengenali mangsa meskipun pengawal keselamatan mengesyaki mangsa tinggal di tingkat 11 bangunan kediaman tersebut.

Menerusi siasatan yang dijalankan di rumah mangsa, pihak polis mendapati jeriji besi dan pintu rumah terbuka namun tiada sesiapa dalam rumah berkenaan.Hasil pemeriksaan lanjut dalam rumah berkenaan, anggota forensik turut menemui peralatan menghisap dadah.Menurut Asmadi, mangsa dipercayai warga asing berdasarkan tiada kesan suntikan BCG pada lengannya.

Kini, pihak polis masih giat menjalankan siasat lanjut berhubung insiden tersebut termasuk meneliti rakaman kamera liter tertutup (CCTV).Pengawal keselamatan turut memaklumkan ada ternampak seorang lelaki dan wanita keluar dari unit kondominium didiami mangsa dalam keadaan tergesa-gesa.Susulan itu, Asmadi memberitahu pihaknya sedang mengenal pasti punca kejadian sama ada mangsa ditolak jatuh dari tingkat 11 kediaman itu atau sebaliknya.

“Setakat ini polis mengklasifikasikan kes sebagai kes kematian mengejut (SDR).Walau bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan sama ada kelibat individu lelaki dan wanita yang didakwa dilihat oleh pengawal keselamatan mempunyai hubungan dengan kes itu,” katanya. 

0 Response to "Mayat dengan baju Tidur Dijumpai Bawah Kereta."

Post a Comment