Kasih Yuna Dan Julian Schratter Sudah Berakhir.

.
21 nov 2014
yuna berpisah julian schratter
Sekian Lama tiada berita terkini Yunalis Zarai yang sedang sibuk mengembangkan kerjayanya di Amerika Syarikat.
Di sana,Yuna amat berbaloi kerana menerusi pembacaan Abang Nara, beberapa artis antarabangsa seperti Usher telah melahirkan rasa kagum dengan bakat penyanyi ini. Diharapkan tidak lama lagi kita akan mendengar berita baik mengenai kolaborasi Yuna dengan artis-artis antarabangsa yang lain.

Bercakap mengenai hal peribadi, Yuna akhirnya telah mengesahkan yang hubungannya dengan jurugambar, Julian Schratter telah pun berakhir. Untuk makluman, hubungan mereka berdua telah bermula kira-kira pada Jun 2013. Namun akibat kesibukan Yuna sebagai seorang penyanyi, hubungan itu berakhir jua. Kata Yuna menerusi MalaysianDigest.
yuna

Saya solo sekarang. Saya tidak berkawan rapat dengan mana-mana lelaki sebab saya rasa ia susah kerana saya seorang yang sangat sibuk dengan kerja.
Lagipun saya tahu, sukar untuk orang lain memahami kerja seperti saya. Tambahan, saya mempunyai kehidupan di LA dan juga di Malaysia.
Jika mahu bercinta kembali, saya perlu mencari seseorang yang boleh menerima dan betul-betul memahami saya. Mungkin dia (Julian) kurang sesuai.-Gosip Terkini.

0 Response to "Kasih Yuna Dan Julian Schratter Sudah Berakhir."

Post a Comment