Anjing Setia Menanti Tuan Yang Sudah Mati di hospital.

.
01 dec 2014
Lihat gambar seekor anjing ini,macam ada sesuatu yang kurang padanya, iaitu kehilangan tuannya,
menurut media yang yg saya baca, anjing ini setiap hari datang ke hospital untuk menanti kepulangan tuannya, padahal tuannya sudah meninggal, betapa setianya anjing ini terhadap tuannya dan betapa setianya dia.

Pada mula tuannya dimasukkan kehospital kerana sakit, maka anjing ini pun turut ikut juga tuannya ke hospital ketika itu, namun pada saat tuannya meninggal, anjing ini tidak melihat tuannya keluar-keluar lagi untuk pulang kerumah, ia menyangka tuannya masih didalam wad hospital ini.

Dia masih setia menunggu lelaki itu, tuannya,” ujar salah seorang jururawat, 
loyal-dog-550x403
Masha, seekor anjing baka Brown Dachshund, datang ke Hospital Daerah Novosibirsk setiap hari selama dua tahun, semenjak tuannya dimasukkan ke sana.
Kesetiaan Masha sangat meruntun hati para staf di hospital berkenaan, lantas mereka akan memastikan Masha mendapat tempat tidur yang selesa dan makanan mencukupi setiap kali dia tiba.
loyal-dog2-550x405
Yang pasti, anjing merupakan haiwan yang setia dengan tuannya. Kisah 
seperti itu pernah diceritakan melalui filem Hachiko lakonan Richard Gere.
Filem tersebut merupakan adaptasi dari kisah benar yang terjadi di Jepun, di mana seekor anjing setia menanti tuannya yang sudah mati di sebuah stesen kereta api selama 10 tahun.
hachiko-a-dog-s-story-original

hachiko200505-41
Kisah tersebut menjadi bualan hangat penduduk di situ dan akhirnya, sebuah tugu dibina bersempena memperingati kesetiaan Hachiko terhadap tuannya. Naluri Masha yang sama seperti Hachiko menyebabkan dia digelar ‘Hachiko Rusia’.


0 Response to "Anjing Setia Menanti Tuan Yang Sudah Mati di hospital."

Post a Comment