Gempar! Punca Isteri Eizlan Yusof Fail Permohonan Pengesahan Lafaz Cerai

.
eizlan yusof
Terkejut juga kami apabila membaca artikel Sinar Harian sebentar tadi. Sudah lama agak senyap daripada industri, tiba-tiba timbul pula kisah perceraian.
Menerusi laporan tersebut, isteri kepada pelakon kacak itu, Datin Vie Santie Harun didakwa telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
Vie Santie yang diwakili Peguam Syarie Syamimi Ab Rahman turut membuat beberapa permohonan lain yang berkaitan dengan perkahwinan dan sedang dibincangkan dengan defendan untuk diselesaikan.
EIZLAN YUSOF
Pihak plaintif juga dikatakan telah memfailkan tiga keterangan saksi semasa sebutan kes di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin.
Bagaimanapun, peguam memohon penangguhan perbicaraan kes kerana saksi-saksi plaintif yang sepatutnya memberi keterangan tidak dapat hadir. Pada prosiding itu, pasangan itu juga tidak hadir dan berada di luar kawasan.
Oleh itu, mahkamah menetapkan 13 Januari tahun depan untuk menyambung semula perbicaraan dan meminta pihak-pihak hadir bersama saksi. sumber

0 Response to "Gempar! Punca Isteri Eizlan Yusof Fail Permohonan Pengesahan Lafaz Cerai"

Post a Comment