Belum menemui ibu bapa, empat kanak-kanak perempuan yang terbiar.

.
12 nov 2014 
Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak belum mendapat petunjuk mengenai ibu bapa atau 
penjaga empat budak perempuan yang didakwa ditinggalkan terbiar di Sibu baru-baru ini.
Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Negeri, Datuk Fatimah Abdullah berkata, jabatan itu juga tidak dapat mengesahkan status sama ada budak perempuan itu berusia antara dua dan tujuh tahun adalah adik-beradik.
Katanya, siasatan polis setakat ini menunjukkan budak-budak itu dikatakan dihalau dari rumah mereka oleh seorang 'mak cik' dan dibiarkan berkeliaran di Sibu Jaya, sebuah pekan kira-kira 30 kilometer dari bandar Sibu sebelum mereka dikesan oleh seorang anggota awam Sabtu lepas.
"Jabatan telah mendapat perintah mahkamah untuk menempatkan sementara budak-budak itu di rumah perlindungan di Kuching sehingga siasatan mengenai ibu bapa mereka selesai."Jika ibu bapa atau penjaga mereka tidak dapat dikesan selepas sebulan, jabatan akan memohon perintah untuk mereka tinggal kekal di rumah tersebut," jelasnya.Mengenai ada pihak berminat mengambil mereka sebagai anak angkat, Fatimah memberitahu, pihak berkenaan perlu menunggu hasil siasatan selesai.-




disiarkan pada 10 nov 2014


0 Response to "Belum menemui ibu bapa, empat kanak-kanak perempuan yang terbiar."

Post a Comment