.
Pelik tapi benar! Inilah negara yang membenarkan adat 'PERKHAWINAN LARI'. Gadis Dara diculik, dir#gol sebelum dibawa ke rumah untuk dijadikan isteri.
Motif utama wanita di negara ini diculik bukannya untuk menuntut wang tebusan, tetapi untuk dijadikan ISTERI.
Itulah sebahagian adat pelik yang diamalkan masyarakat di Kyrgyzstan dimana perempuan boleh diculik bila-bila masa sahaja untuk dijadikan isteri. Inilah satu-satunya negara di dunia dimana kes penculikan dianggarkan berlaku setiap 40 minit dan adat tradisi ini dipanggil 'Alakachu' yang bermaksud 'Rebut & Lari'.
Caranya adalah, para lelaki akan memandu sekitar bandar untukmencari bakal isterinya, jika terjumpalah mana-mana wanita yang berkenan di hati, perempuan tersebut akan diheret ke dalam kereta dan terus di bawa lari ke rumah lelaki itu. Tambahan lagi keluarga pihak lelaki telah membuat persiapan untuk majlis perkahwinan tersebut.
Setibanya 'pengantin' perempuan, keluarga pihak lelaki akan berusaha sedaya upaya memujuk perempuan itu untuk bersetuju dengan perkahwinan tersebut.
Secara statistik, 50% wanita negara itu yang telah berkahwin sekarang adalah mangsa penculikan. Sebab itulah kes bunuh diri dan penceraian sering kali berlaku di Kyrgyzstan.
0 Response to """AKU TAK NAK KAU CULIK AKU .. AKU TAK NAK KAHWIN LARI !! JANGAN GODA AKU BEGINI !! """
Post a Comment