Wanita rempuh kereta ke dalam kedai di stesen petrol.

.
wanita-rempuh-kereta-ke-dalam-kedai-di-stesen-petrol

Wanita rempuh kereta ke dalam kedai di stesen petrol

Narayani Raj - Wednesday, February 04, 2015
wanita-rempuh-kereta-ke-dalam-kedai-di-stesen-petrol
PETALING JAYA, (MLP) - Seorang wanita, 61, telah singgah di sebuah stesen petrol di Jalan PJU 1A/20, Ara Damansara untuk mengisi minyak apabila keretanya telah hilang kawalan dan telah merempuh ke dalam kedai di dalam stesen tersebut.
Dalam kejadian yang berlaku pada pagi, 3 Januari 2015, wanita itu dengan silap telah meletakkan gear keretanya dalam 'D' walaupun niatnya adalah untuk mengundurkan keretanya ke belakang. Malangnya, selepas melepaskan brek tangan, kereta telah bergerak ke hadapan.
Seorang saksi berkata bahawa ''semuanya berlaku dengan cepat dan kami terdengar satu bunyi yang kuat dan cermin yang telah pecah''.
Wanita itu dibantu oleh pekerja di stesen minyak untuk keluar dari keretanya dan tidak mengalami kecederaan yang serius. Pihak polis telah mengesahkan kejadian ini dan berkata bahawa siasatan awal telah mendedahkan bahawa wanita itu hanya cuai dalam mengendalikan keretanya. 

0 Response to "Wanita rempuh kereta ke dalam kedai di stesen petrol."

Post a Comment