Rangka Manusia Ditemui Terkunci di Balai Polis Menggemparkan India

.
India – Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan terhadap tulang dan rangka manusia yang ditemui terkunci di dalam balai polis.
Rangka berkenaan diletakkan di situ bagi tujuan siasatan namun ia dilupakan dan tidak pernah dikebumikan selepas bedah siasat dijalankan.
Ia diletakkan di situ sejak sedekad lalu di bilik berkenaan yang sebelum ini menjadi stor untuk hospital polis.
Pihak polis kini menjalankan siasatan menyeluruh dalam penemuan yang mengejutkan itu.
Awal bulan lalu, lebih 100 mayat yang kebanyakan kanak-kanak ditemui hanyut di sungai Ganges.
Penemuan berkenaan kini mengejutkan dan ia mencetuskan isu mengenai aspek kesihatan di sungai yang dianggap suci oleh penduduknya.

0 Response to "Rangka Manusia Ditemui Terkunci di Balai Polis Menggemparkan India"

Post a Comment