Biodata Profile Uqasha Senrose.

.
Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 20 tahun ialah kakak kepada Nelydia Senrose ( Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen), 18. Sedap sedap nama depa ni. Antara Uqasha dan Nelydia, adiknya lebih aktif berlakon dan dikenali berbanding kakaknya Uqasha. Uqasha ada muncul sekejap dalam drama Setia Hujung Nyawa, muka seiras dengan adik dia.
Uqasha dan Nelydia, anak kedua dari 7 beradik, anak kelahiran Kelantan juga merupakananak saudara kepada pelakon era 80-an Rosnah Mohd Noor(bekas isteri Iwan dangdut). Wajah memang seiras jugak dgn mak sedara diorang ni, lembut ayu je.
Tahun 2010, Uqasha telah dilanda kontroversi dengan Nabil Raja lawak, hingga ke mana dia pergi orang menggelarkan Uqasha Nabil.
Jika boleh Uqasha tidak mahu lagi dilabelkan dengan panggilan itu dan dia tak mahu dibayangi lagi dengan nama Nabil.. dia mahu dikenali kerana bakat lakonan.
Kerjaya Uqasha
Selain menjadi peramugari di Air Asia, Uqasha juga model iklan dan pelakon.
Uqasha atau panggilan manja Qasha pernah  berlakon dalam drama Radio Gaga (RTM), Ampang Medical (NTV7) dan Lukisan Hati (DVD).  Qasha juga merupakan seorang model bagi iklan DIGI, coklat Cadbury serta Ajinomoto.
Impian Qasha, dia mahu berlakon di samping Shaheizy Sam. Sejak berusia tujuh tahun lagi dia berangan untuk menjadi pelakon. Entah apa yang difikirkan, tetapi ketika itu yang bermain di kepala hanya keseronokan menjadi pelakon selain mendapat bayaran berupa gaji yang pastinya tidak mampu dimiliki oleh kanak-kanak lain seusianya.
Dorongan kuat dari keluarga dan juga adiknya Nely, membuatkan Qasha ingin berjaya dalam bidang lakonan juga.
Gambar Uqasha Senrose …kdg2 tertukar mana satu Uqasha mana satu Nelydia

(  BIODATA UQASHA SENROSE. )Biodata Profil Uqasha Senrose


NAMA :Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen.
NAMA KOMERSIAL: Uqasha Senrose.
UMUR : 21 tahun
KELAHIRAN : 
 KACUKAN : Gadis kacukan Kelantan-Siam.
KERJAYA : Pelakon, Pramugari AirAsia, Model.
KPENDIDIKAN : Sekolah Menengah USJ 13, Subang Jaya,
DRAMA/TELEFILEM: Radio Gaga, Ampang Medical(NTV7), Lukisan Hati(DVD)Kalau itu Jodoh kita.
  MODELLING : Model Iklan Digi,Coklat Cadbury serta Ajinomoto. 


Gambar Uqasha Senrose Kakak Nelydia Senrose

( gambar lama )
nampak lebih tua dari usianya
( gambar lama )

Uqasha peramugari Air Asia.
Gambar tujuh adik beradik Uqasha dan Nelydia Senrose..tetapi ada peminat bagitau yang adik beradik Uqasha dan Nelydia bukan semua perempuan ada juga lelaki..mana satu betul tak pasti.


Cantiknya Mak Nelydia Senrose.!
Memang cantik betul pelakon Nelydia dan Uqasha  Senrose ni, padanlah anaknya cantik. wajah mereka seraut macam ibu mereka..! Gambar ini dikongsikan oleh Nelydia Senrose sendiri.

0 Response to "Biodata Profile Uqasha Senrose."

Post a Comment