Tiada Rezeki, Luahan Hati Aweera Tidak Berpeluang Untuk Beraksi Bersama Mojo

.


STRATEGI kumpulan Mojo menampilkan pemuzik jalanan Caliph Buskers menyampaikan lagu hit RomanCinta pada malam persembahan Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL 29) kelmarin benar-benar berjaya mencuri tumpuan penonton.

Bukan sahaja penonton dan para juri, malah bekas vokalis kumpulan itu sendiri, Aweera mengakui kehebatan persembahan Mojo pada malam itu.

“Saya ucapkan tahniah kepada Mojo dan Caliph Buskers kerana persembahan pada malam ini (kelmarin) sangat hebat.

“Apa yang lebih mengejutkan saya, bila mendengar sendiri keupayaan vokalis Caliph Buskers yang mampu membawakan lagu RomanCinta dengan baik. Saya memang kagum dengan bakatnya yang luar biasa.

Walaupun kurang upaya, tapi kehebatannya memang tidak dapat dinafikan,” ujarnya kepada Zass, kelmarin.

Biarpun tidak berpeluang untuk beraksi bersama Mojo pada malam itu, Aweera akur dan menganggap itu bukan rezekinya.

“Saya tidak ralat dengan apa yang berlaku. Walaupun ada peminat yang sedikit kecewa saya tidak membuat persembahan, tapi mungkin ini bukan rezeki saya dan selepas apa yang berlaku saya perlu teruskan hidup.

“Saya tidak mahu bercakap lebih mengenai perkara yang berlaku dan bagi saya selepas ini saya perlu kuat dan merendah diri. InsyaALLAH, satu hari nanti kami akan bertemu kerana Tuhan itu maha adil,” tuturnya.

Dalam perkembangan terbaharu, Aweera yang kini bergerak secara solo di bawah naungan Sony Music  memberitahu bakal tampil dengan produk terbaharunya.

“Jika tidak ada apa-apa halangan, dalam masa terdekat ini saya akan muncul dengan sebuah single Terhakis hasil ciptaan saya sendiri, " katanya. Sinar Harian

0 Response to "Tiada Rezeki, Luahan Hati Aweera Tidak Berpeluang Untuk Beraksi Bersama Mojo "

Post a Comment