Suami curang,Isteri tampar wanita indon.

.

ISTERI mana yang tidak kecewa kan suami yang dimiliki tiba-tiba beralih arah mencintai wanita lain.
Rasanya boleh meroyan dan menangis jadinya kalau menimpa mana-mana wanita bergelar isteri.
Terbaharu, heboh perihal video seorang isteri bertindak membelasah seorang wanita warga Indonesia di sebuah restoran menjadi viral di laman sosial Facebook.
Difahamkan, wanita Indonesia berkenaan merupakan kekasih suaminya dan menjadi punca keretakan rumah tangga wanita itu.
“Rumah tangga aku dah musnah.. Sekarang kau ikut aku pergi balai!” kata isteri itu.
Bagaimanapun, wanita Indonesia itu menafikan dakwaan tersebut.
Isteri yang memakai tudung warna merah jampu itu dilihat enggan mempercayai kata-kata wanita berkenaan dan mendakwa mempunyai bukti yang wanita berkenaan bermain cinta bersama suaminya.
Keadaan semakin meruncing apabila si isteri yang berang bertindak memaki hamun, dan menampar muka wanita berkenaan.

Klik video pertama>>
video


0 Response to "Suami curang,Isteri tampar wanita indon."

Post a Comment