.
Pengorbanannya sebagai seorang ibu dan isteri memang amat besar. Iyerlah, Isteri Abang Nara nak jaga 2 orang anak pun dah kelam-kabut tak cukup tidur, penat dan sakit-sakit badan. Inikan pula Rozana yang menjaga 3 orang anak hasil perkahwinannya dengan Awie iaitu Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5.
Baru sahaja memenangi hak jagaan sementara terhadap anak-anaknya, Rozana Misbun masih tidak putus harapan untuk berbaik semula dengan Awie demi anak-anak. Namun jika itu bukan kemahuan Awie, Rozana rela dilepaskan. Kata Rozana:-
Kalau betul saya gagal memberikan kebahagiaan yang Awie cari selama ni, lepaskanlah saya dengan cara baik. Tapi demi kebajikan anak-anak, saya bersedia untuk berbaik dengannya dan duduk berbincang. Kita jadi kawan.Kalau benar Awie dah hilang rasa hormat pada saya sebagai manusia dan isteri, hormatilah saya sebagai ibu yang bersengkang nyawa untuk melahirkan anak-anaknya. Itu saja yang saya minta
0 Response to "Rozana Misbun & Awie berbaik semula demi anak-anak. "
Post a Comment