Pelakon Antarabangsa, Jackie Chan Kini Bergelar ‘Datuk’.

.
PETALING JAYA – Bintang antarabangsa, Jackie Chan adalah antara 356 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan pada Ahad.
Pelakon dari Hong Kong itu merupakan antara 71 penerima Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.
Sementara itu Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mendahului senarai penerima dengan dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.
Turut menerima SUMW ialah bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Datuk Seri Utama Zulhasnan Rafique.
Selain itu seramai 15 orang dianugerahkan Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri iaitu Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Rahamat Bivi Yusof; Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Othman Mahmood; Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Seri Saripuddin Kassim; Naib Presiden Kanan Parti Progresif Penduduk Malaysia Datuk Seri Maglin Dennis Dcruz; bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wira Abu Seman Yusop; anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Zainal Abidin Osman.
Pengarah Urusan JL99 Holding Sdn. Bhd Datuk Seri Lee Boon Kiat @ Jeff; Datuk Seri Abdul Aziz Shahar dari DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd; Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia Datuk Seri Mohamad Norza bin Zakaria; Pengarah Urusan Kumpulan Rangkaian Televisyen dan Radio Media Prima Bhd Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah; Presiden Koperasi Ukhwah Malaysia Bhd Datuk Seri Rahim Baba; Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Sona Petroleum Berhad Datuk Seri Saw Choo Boon; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur Datuk Seri Jebasingam John Rajamoney; Presiden Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia Datuk Seri Kwok Teng Toong dan Pengerusi Eksekutif High Point Technic Sdn Bhd Datuk Seri Abu Zaki Zakaria.
Sejumlah 71 individu dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk terdiri daripada Duta Arab Saudi ke Malaysia Datuk Fahad Abdullah Hamad Al-Rashid; Pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah Datuk Mohammad Kazim Elias; pelakon antarabangsa Hong Kong Datuk Chan Song Kang @ Jackie Chan; Pengerusi MIC cawangan Taman Kok Lian Datuk P. Gunaseelan; Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri; Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Datuk Sr Ahmad Fauzi Nordin; Timbalan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri Datuk Nor Rizan Mohd Thani; Pengarah Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam Datuk Mohtar Mohd Abd Rahman; Pengarah Unit Strategi Nasional Kementerian Kewangan Datuk Dr. A. Sundaran; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri Datuk Dayang Sadiah Abg Borhan serta Pengarah Kanan Bahagian Kerjasama Ekonomi Asean Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk P. Ravidran.
Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Malaysia Datuk Dr. Chen Chaw Min; Timbalan Ketua Setiausaha (Industri Pelancongan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Rashidi Hasbullah; Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia Datuk Dr. Lee Choon Hui; Setiausaha Bahagian (Bahagian Khidmat Pengurusan) Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Abu Bakar Idris; Pegawai Kemajuan Negeri Wilayah Persekutuan Datuk Ariffin Imat; Timbalan Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan Kementerian Kewangan Datuk Mohamed Jusoh; Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Abdul Aziz Khalidin; Pakar Fotonik Universiti Malaya Prof. Datuk Dr. Harith Ahmad; Setiausaha Bahagian (Bahagian Perancangan Dasar) Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Azizi Ahmad Termizi; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Undang-undang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Rohayah Karim; Pengarah Kejuruteraan Awam dan Saliran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Tan Keng Chok; Pensyarah Institut Pengajian China Universiti Tunku Abdul Rahman Prof. Datuk Dr. Lim Chooi Kwa.

0 Response to "Pelakon Antarabangsa, Jackie Chan Kini Bergelar ‘Datuk’."

Post a Comment