Nur Fazura Bengang Dengan Sikap Berlagak Zizan Razak.!

.
fazura
Komen Nur Fazura untuk persembahan Virus di MLM2014 sememangnya wajar kerana persembahan kumpulan tersebut amat tidak memberangsangkan. Pemberian 2 bintang kepada Virus amat bersesuaian sekali dengan mutu persembahan yang hambar. Namun ketika memberikan ulasan, kata-kata Nur Fazura telah pun dipotong oleh Zizan sekaligus menimbulkan reaksi kurang senang daripada mereka yang menonton.

Tidak lama selepas tamat MLM2014, Nur Fazura telah menghantar satu ‘tweet’ yang berbunyi.
fazura
Memang pedih. Memang tajam. Sindiran yang amat hebat. Rata-rata yang membaca tweet tersebut beranggapan ia ditujukan kepada Zizan Razak yang kelihatan tidak mampu menerima teguran Fazura pada malam tersebut. Dah memang lawak hambar, redha je lah. Janganlah terlalu hidup di dalam populariti yang direka sendiri sampai tidak boleh menerima teguran. Orang tegur sebab nak tengok persembahan yang lebih bagus. Bukan sebab nak menjatuhkan anda.
Apa pun, diharap Zizan Razak dan semua pelawak-pelawak MLM2014 haruslah bersikap lebih terbuka menerima teguran. Kalau semua jumud dan tak boleh ditegur, sampai bila nak maju? Lagi satu tolonglah buat lawak yang kelakar kalau tak nak ditegur dan hanya mahu dipuji. Kalau lawak hambar macam mana juri nak puji? Tak gitu?

0 Response to "Nur Fazura Bengang Dengan Sikap Berlagak Zizan Razak.!"

Post a Comment