Mahkamah putuskan hukuman mati ke atas Azilah dan Sirul.

.
PUTRAJAYA, (MLP) - Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) selepas didapati bersalah membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu sembilan tahun lalu.

Panel Hakim sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas membenarkan rayuan mereka.

Dalam penghakiman yang dibacakan Tan Sri Suriyadi Halim Omar, mahkamah berpuas hati bahawa kedua- dua responden gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan.

Kedua-dua responden didakwa membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara jam 10 malam pada 19 Oktober dan jam 1 pagi pada 20 Oktober 2006.

Foto: Berita Harian





0 Response to "Mahkamah putuskan hukuman mati ke atas Azilah dan Sirul."

Post a Comment