JAWI jejak gadis dalam insiden peluk artis K-pop.

.

Tiga gadis bertudung kini dijejaki Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang terlibat dalam satu klip video dipeluk artis Korea Selatan (K-Pop) B1A4 dalam satu konsert Sabtu lepas.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan JAWI Wan Jaafar Wan Ahmad berkata setakat ini tidak ada pihak yang berkenaan tampil bagi membantu siasatan insiden itu.
“Setakat ini, siasatan kita progesif. Tetapi kita sedang mencari di mana budak-budak perempuan itu berada untuk minta mereka bantu siasatan.
“Kita ada skuad di bahagian penguatkuasaan yang akan bertanggungjawab untuk menjejaki mereka. Apapun, saya nasihatkan kepada mereka yang terlibat untuk tampil sendiri kepada kita,” katanya.
Dalam satu laporan Mstar Online, insiden pelukan dan ciuman antara artis K-Pop dan tiga orang gadis itu telah mencetuskan kontroversi dan mendapat kecaman pelbagai pihak khususnya dari umat Islam.
Klip video itu kini viral dan begitu hangat diperkatakan di laman sosial selepas ia tersebar di laman perkongsian video YouTube.
Penganjur konsert itu, TGM Events dalam satu kenyataannya semalam berkata, sebarang maklumat berkaitan peminat yang terlibat dalam video itu tidak akan dikeluarkan.
JAWI juga dilaporkan telah membuka kertas siasatan insiden berkenaan mengikut Seksyen 29 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayag Persekutuan) 1977 (Akta 559) Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam.
Perbuatan gadis peminat K-Pop itu dilihat melampaui batas dan bertentangan dengan ajaran Islam serta mengganggu sensitiviti umat Islam di negara ini.
Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. –mYnewshuB.

0 Response to "JAWI jejak gadis dalam insiden peluk artis K-pop."

Post a Comment