Doktor rakam gambar pesakit,pengunjung dan rakan dlm tandas hospital.

.
29 nov 2014
Seorang doktor pakar telinga kelahiran Malaysia yang menetap di Britain mempunyai tabiat menjelikkan kerana suka meletakkan kamera tersembunyi seterusnya merakam aksi orang ramai di dalam tandas.
Sangat  memalukan, kamera tersebut diletak di tandas hospital dan klinik di mana tempat dia berkhidmat serta tandas di dalam sebuah kereta api.
Dr Lam Hoe Yeoh, 62 (link di bawah) mengaku bersalah dan bakal dijatuhkan hukuman di sebuah mahkamah British atas kesalahan membuat penggambaran sembunyi beratus-ratus pesakit, rakan, pengunjung hospital dan kanak-kanak.
Dr Lam turut mengaku pernah mengintip para mangsanya menggunakan kamera yang tersembunyi di jam tangan dan pen miliknya. rakaman yang diperoleh Dr Lam seterusnya akan menjadi subjek dalam pembikinan filem lucah yang dihasilkannya sendiri.
Perbuatan terkutuk ini terbongkar apabila salah satu kamera tersembunyinya terjatuh dari dinding tandas Hospital St Anthony dan wajah Dr Lam tanpa disedari turut terakam dalam video tersebut hingga menyebabkan pihak berkuasa membuat tindakan susulan mengeledah rumah, pejabat, kereta dan komputer Dr Lam.
lihat gambar jelas disini;http://goo.gl/TbhZTl
Dengan penemuan video tersebut akhirnya menyebabkan Dr Lam mengaku bersalah atas tujuh tuduhan mengintai, enam pertuduhan membuat imej lucah kanak-kanak dan satu tuduhan memiliki pornografi yang melampau.
Kesalahan yang telah dilaporkan itu dilakukan selama lebih tiga tahun iaitu sejak 1 Januari 2011 hingga April 15, 2014.Menerusi rakaman tersebut, 30 mangsa  telah dikenal pasti dan 1,084 adalah mangsa yang tidak dikenali.Perbuatan jenayahnya ini telah dibicarakan dan hukuman penjara telah dijatuhkan sejak hari Rabu yang lalu.
Kegilaan Dr Lam terhadap rakaman tersembunyi ini akhirnya membawa padah kepada dirinya sendiri.-Info.

0 Response to " Doktor rakam gambar pesakit,pengunjung dan rakan dlm tandas hospital."

Post a Comment