Anak berumur setahun main pistol,

.
INDIANA – Seorang wanita berusia 22 tahun dan kekasihnya yang berusia 19 tahun ditangkap selepas merakamkan video anak mereka yang hanya berumur setahun bermain dengan senjata api.
Toni Wilson, yang juga bekas juruwang bersama pasangannya , Michael Barnes, ditangkap selepas polis menemui visual berkenaan yang dirakamkan dalam telefon bimbit milik mereka.
Ketika itu polis sedang menyiasat dakwaan Barnes cuba menjual senjata api kepada polis yang melakukan penyamaran.
Dalam rakaman video itu, kanak-kanak berkenaan dilihat bermain dengan pistol .40 di atas katil.
Pada masa sama juga kedengaran suara Barnes menyuruh kanak-kanak itu menembak.
Kanak-kanak itu kemudiannya menggosok pistol itu di mukanya dan dia turut meletakkan pistol ke dalam mulutnya.
Ketika disoal, Wilson memberitahu polis bahawa dia tidak tahu bahawa Barnes memiliki senjata ketika itu.
Kanak-kanak itu kini diletakkan di sebuah pusat perlindungan bersama dengan adik kembarnya yang baru berusia dua bulan.



0 Response to "Anak berumur setahun main pistol,"

Post a Comment