Wanita mati ditemui dalam keadaan bogel.

.
23 dec 2014

KUALA LUMPUR –Kosmo Online, Seorang wanita warga Vietnam ditemui mati dalam keadaan bogel dengan tangan dan kaki diikat menggunakan tuala di dalam sebuah bilik hotel bajet di Kompleks Pasar Borong, Jalan 2/3 A, Jalan Ipoh Bandar Utara, Selayang dekat sini lewat petang kelmarin.
KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga Vietnam ditemui mati dalam keadaan bogel dengan tangan dan kaki diikat menggunakan tuala di dalam sebuah bilik hotel bajet di Kompleks Pasar Borong, Jalan 2/3 A, Jalan Ipoh Bandar Utara, Selayang dekat sini lewat petang kelmarin.
Wanita berusia 30-an yang dipercayai bekerja di sebuah pusat karaoke itu ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam bilik air oleh penjaga hotel berkenaan.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asistan Komisioner R. Munusamy berkata, pihaknya menerima maklumat kematian tersebut daripada pihak hotel berkenaan pada pukul 6.50 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati, bilik berkenaan didaftarkan pada pukul 9 malam Sabtu lalu atas nama seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun. “Suspek semasa mendaftar hanya datang seorang diri sahaja sebelum mangsa datang ke bilik berkenaan kira-kira pukul 1 pagi,” katanya di sini malam kelmarin.



0 Response to "Wanita mati ditemui dalam keadaan bogel."

Post a Comment