.
KL, 17 DISEMBER 2014: Walaupun generasi di zaman sekarang khususnya anak muda kebanyakkannya menganggap irama dangdut itu sekadar picisan dan mungkin juga tidak ada kelas, namun persepsi ini pastinya berubah selepas munculnya kembali ratu sensasi irama muzik dangdut, Amelina.
Kehilangannya ternyata merubah perkembangan industri muzik yang semakin hari meminggirkan irama dangdut yang sebenarnya tidak pernah mati dalam jiwa insan yang bernama Norazlina Amir Sharipuddin ini.
Diusianya kini 40 tahun dan diberkati dengan kehadiran enam orang cahaya mata empat orang anak lelaki dan dua orang perempuan Amelina begitu rindu untuk menyanyi serta menghiburkan peminat setianya.
Pada sebuah majlis eksklusif pertunjukkan fesyen ‘Tekat’ yang menampilkan himpunan istimewa olahan idea bernas pereka duo Rizman Ruzaini bersama seorang pencinta seni warisan Melayu iaitu Che Puan Azrinaz Mazhar Hakim tersebut, Amelina diberikan penghormatan mendendangkan lagu duet Seri Langkat bersama Sabhi Sadhi.
Bukan calang-calang jemputan yang menyaksikan persembahan ini, antaranya termasuklah Sultanah Terengganu, DYMM Sultanah Nur Zahirah dan Tengku Putri Jawaher dari Negeri Sembilan serta para kenamaan serta selebriti terkenal tempatan berpeluang melihat ‘comeback’ dari ratu dangdut ini.
Jom kita tengok sedikit bingkisan Seri Langkat yang bergema di ruang Sultan Lounge di hotel Mandarin Oriental sempena pertunjukan fesyen Tekat oleh Che Puan Azrinaz Mazhar Hakim dan Rizman Ruzaini khas untuk pembaca Murai.com.my.
Lihat Video di sini
0 Response to "Mesti Tengok !!! Amelina Buat Kejutan Di Pertunjukan Fesyen Tekat By Azrinaz M.Hakim & Rizman Ruzaini !!!"
Post a Comment