Hikmah Di Balik Bencana, lkan Datang Serah Diri Lepas Banjir

.

Malah di internet, tersebar gambar ikan terperangkap di ruang tamu sebuah rumah dipercayai di negeri Pantai Timur.
Gambar yang lebih viral adalah, gambar jaring yang diikat di tembok konkrit sebuah rumah telah dipenuhi ikan-ikan yang terperangkap.
Penghuni rumah dilihat hanya perlu mengeluarkan ikan yang terperangkap di jaring dan kemudian boleh terus dimasak untuk juadah sekeluarga.
Di kawasan pantai timur, pastinya fenomena ikan berada di dalam rumah sudah jadi kebiasaan mereka setiap kali banjir melanda.
BanjirIkan_1
Mengikut laporan, jumlah mangsa banjir di Kelantan kini semakin meningkat daripada 4,663 orang pada tengah hari Khamis kepada 6,693 orang, pada sebelah petang.
Menurut portal banjir kerajaan Kelantan, kesemua mangsa ditempatkan di 71 pusat pemindahan di 10 kawasan iaitu Jeli, Kota Bharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Gua Musang, Tumpat dan Bachok. – MYNEWSHUB.CC

Video Ikan Naik Selepas Banjir Tahun Lepas

0 Response to "Hikmah Di Balik Bencana, lkan Datang Serah Diri Lepas Banjir"

Post a Comment