Perompak diikat dan dibogelkan.

.
29 nov 2014
Insiden yang berlaku di Santiago ini mengemparkan orang ramai yang lalu lalang di bandar apabila melihat seorang lelaki bogel diikat pada sebatang tiang dan berbalutkan plastik lutsinar,lebih memalukan,seluar dalam lelaki ini berjenama 'Valentino'. lelaki ini Abeyta Barrera 32 tahun,kelihatan sugul dan tidak dapat berbuat apa-apa lagi,

Nasib baik serangan yang dilakukan oleh lelaki ini berjaya dipatahkan oleh orang ramai yang menangkap perompak tersebut dengan bertindak mengikat dan membogelkan lelaki tersebut di khalayakan ramai.
Sementara orang ramai yang lalu-lalang disini mengambil kesempatan merakam gambar dan mengambil gambar kerana ini jarang berlaku, Situasi yang berlaku selama 20 minit sahaja ni berakhir apabila polis tiba di tempat kejadian untuk menangkap suspek, 

Tetapi menurut keterangan polis suspek ini tidak memberitahu mengapa ia ditangkap dan hanya memohon pihak polis melepaskannya, polis juga tidak mendakwa suspek atas apa-apa kesalahan kerana tiada laporan diterima daripada mana-mana pihak mangsa.- MYNEWSHUB.CC

upload_2014-11-28_at_10-35-37_am

0 Response to "Perompak diikat dan dibogelkan."

Post a Comment