.
Walau pun kurang diperkatakan di negara ini, ramai juga yang maklum semalam merupakan ‘No Bra Day’ atau Hari Tanpa Coli yang disambut di negara barat.
Tarikh 13 Oktober dipilih oleh aktivis kanser payudara sejak 2011 sebagai hari yang diraikan untuk mengingatkan masyarakat tentang kanser payudara yang menjadi pembunuh utama kaum wanita.
Pada tarikh ini wanita digalakkan memakai pakaian tanpa coli sebagai simbolik menyokong penghidap kanser payudara yang berjaya melawan penyakit ini tetapi kehilangan aset penting buat wanita.
Kempen ini mendapat sokongan memberangsangkan apabila ramai kaum hawa berkongsi gambar tanpa coli mereka di laman sosial semalam dengan hashtag #nobraday.
Di bawah, kami kongsikan gambar beberapa selebriti Hollywood yang turut tampil ‘no bra’ sebagai tanda sokongan kepada kempen ini.
Sebenarnya kalau bukan sebab No Bra Day pun, selebriti Hollywood sudah lama diketahui gemar tampil tanpa memakai pakaian dalam.
Tapi di Malaysia ni walau apa pun alasannya; tak payahlah nak mengada-ngada sambut No Bra Day jugak bila keluar rumah macam wanita dan selebriti Barat nun.
Ia bukan sahaja menyalahi agama malah melanggar budaya Timur, adab dan tata susila seorang perempuan. – mynewshub.cc
REM RAMZI/MYNEWSHUBSumber: hollywoodlife.com
0 Response to "12 GAMBAR: Selebriti Wanita Tak Pakai Coli Sempena ‘No Bra Day’"
Post a Comment