.
#PUTRAJAYA - Tersebarnya gambar kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang mendakwa rakyat tidak terkesan dengan pengumuman kenaikan petrol RON95 sebanyak 10 sen semalam.
"Minyak naik RM0.10 tapi KFC ramai juga orang. Beban dimana?!"
#Screenshot kenyataan itu tersebar di laman sosial dan disebarkan lagi oleh blogger media-info-semasa.blogspot.com yang menyenaraikan 5 sebab Ahli Parlimen Pontian itu patut meletak jawatan.
#Akibatnya, Timbalan Menteri Kewangan itu dikritik habis-habisan di laman sosial tanpa henti dan laman-laman sosial milik beliau juga diserang oleh netizen.
#Malangnya, ramai yang berkongsikan berita itu tanpa menyelidik kesahihan kenyataan itu terlebih dahulu.
#Kenyataan itu sebenarnya dikeluarkan oleh pihak pengendali page 'troll' Ahmad Maslan pada 1 Jun yang lalu. Jika dilihat pada 'timeline' page berkenaan, pengendali laman itu kerap memuat naik status-status yang berniat memburukkan Ahmad Maslan.
#Laman Facebook page Ahmad Maslan yang sebenar mempunyai 15,000+ likers berbanding page troll tadi yang hanya mempunyai 445 likers.
AHMAD MASLAN FAKE: https://goo.gl/JszpHM
AHMAD MASLAN ORIGINAL: https://goo.gl/ejLm9k
#Kesannya, Datuk Ahmad Maslan menerima banyak pahala dimaki oleh netizen-netizen yang kononnya berpuasa tetapi memaki hamun orang tanpa menyelidik kesahihan sesebuah berita terlebih dahulu. - THEHYPEMEDIA.COM
0 Response to "Berapa Ramai Dah Kongsi Kenyataan Fitnah Ini?"
Post a Comment