Vanidah Imran Dilucutkan Jawatan Daripada Seniman

.
Kemelut yang dihadapi oleh Persatuan Seniman Malaysia(Seniman) akhirnya telah terlerai apabila Ahli Jawatankuasa persatuan tersebut sebulat suara menyingkirkan Vanidah Imran daripada terus memegang jawatan sebagai bendahari.
Menurut presiden persatuan Zed Zaidi, pelucutan jawatan itu adalah wajar kerana Vanidah telah gagal untuk mematuhi arahan jawatankuasa dimana beliau harus bertanggungjawab menyelesaikan gaji pekerja, bayaran sewaan, bil tertunggak serta perkara lain yang sedikit sebanyak mampu mencetuskan masalah dalam sistem pentadbiran Seniman.
Pelucutan tersebut dibuat atas sebab dia (Vanidah) tidak mendengar arahan jawatankuasa agar menyelesaikan bil tertunggak, gaji pekerja, bayaran sewaan dan lain-lain sekaligus meyukarkan pentadbiran Seniman.
Pada pendapat Zed Zaidi, untuk menjadi ahli dalam persatuan seseorang itu harus memberikan komitmen, bertanggungjawab dan tidak menyusahkan orang lain.
Prinsip dalam persatuan senang sahaja. Kita buat kerja sukarelawan dan jika tidak boleh memberi komitmen, jangan ambil tanggungjawab jika tidak mampu kerana ia akan menyusahkan semua orang.
Kita mahukan AJK persatuan adalah individu yang boleh buat kerja dan bukan berdasarkan populariti.
Perbuatan Vanidah yang melarikan buku cek persatuan serta tetap berdegil untuk tidak memberikan kerjasama untuk mengeluarkan wang bagi beberapa proses penting telah mewujudkan konflik didalam ahli jawatankuasa Seniman.
Susulan perkara tersebut, satu laporan polis telah dibuat oleh Zed Zaidi di Balai Polis Taman Melawati dimana enam ahli jawatankuasa baharu Seniman iaitu ashidi Ishak (Pengerusi Biro Sukan & Sosial), Datin Sofia Jane (Pengerusi Biro Pelakon), Khir Rahman (Pengerusi Biro Pendidikan Seni & Latihan), Arash Mohd (Pengerusi Biro Pemantauan & Penguatkuasaan), Sharifah Amani (Ketua Biro Seniman Muda) dan Lisa Surihani (Pengerusi Biro Sukarelawan & Penajaan) telah mengeluarkan kenyataan kepada media dimana mereka mempertahankan tindakan Vanidah yang menyimpan buku cek tersebut.
Berikutan kes ini juga, suami Vanidah iaitu Rashidi Ishak telah menarik diri sebagai Pengerusi Biro Sukan & Sosial secara lisan dan masih belum menyerahkan surat rasmi kepada Zed Zaidi.
Jawatan bendahari kini diambil alih oleh pelakon Zarina Raja Lawak 5.
-http://beautifulnara.com/

0 Response to "Vanidah Imran Dilucutkan Jawatan Daripada Seniman"

Post a Comment