Pelakon Tambahan Buat Laporan Polis..!

.

KONONNYA dijanjikan bayaran RM100 sehari bagi menjalani penggambaran selama 11 hari, namun semua itu hanya mimpi!
Seorang pelakon tambahan yang hanya mahu dikenali sebagai Khai, 20, mendakwa ditipu sekitar November lalu setelah menerima tawaran menjadi ‘extra‘ bagi sebuah filem yang menjalani penggambaran di Sabak Bernam, Selangor.
Tawaran tersebut dibuat sebuah syarikat perfileman selepas mereka mengadakan rundingan di Bandar Baru Sentul pada 10 November 2014.
Berdasarkan rundingan dia setuju untuk turut sama dalam sesi penggambaran selama 11 hari dengan bayaran RM100 sehariselain tempat tinggal dan duit petrol kenderaan disediakan syarikat terbabit.
Namun ia hanya indah khabar dari rupa! Setibanya Khai di set pada hari penggambaran, dia bersama seorang lagi pelakon tambahan dimaklumkan tentang rombakan jadual penggambaran oleh pihak produksi.
Rombakan itu membuatkan dia dan kenalannya itu hanya akan terlibat dalam penggambaran bermula hari kelapan. Namun demikian, pihak produksi berjanji akan membayar mereka walaupun jadual telah dirombak.
“Bagaimanapun saya terkejut apabila hanya menerima RM50 selepas selesai penggambaran. Sepatutnya saya menerima bayaran RM800, namun pihak agensi memberitahu baki bayaran akan dijelaskan kelak,” kata Khai kepada Harian Metro.
Bagaimanapun sehingga kini, bayaran tersebut gagal dilunaskan oleh pihak produksi. Justeru Khai membuat satu laporan di Balai Polis Bukit Jalil bagi menuntut haknya yang dinafikan. -MYNEWSHUB.CC

0 Response to " Pelakon Tambahan Buat Laporan Polis..!"

Post a Comment