Pelacur Tersilap Buka Pintu.

.
Pelacur Tersilap Buka Pintu
Pelacur Tersilap Buka Pintu | Tiga wanita warga Thailand yang dipercayai sedang menunggu pelanggan tergamam apabila diserbu polis di sebuah rumah di Lebuh Nipah, Georgetown kelmarin.
Seorang daripada mereka membuka pintu utama rumah di Taman Lip Sin itu setelah diketuk beberapa kali kerana menyangka ia pelanggan mereka.
Mereka menjadikan kediaman disewa itu untuk menjalankan kegiatan tidak bermoral susulan daripada penemuan beberapa peralatan untuk perkhidmatan seks.
“Hasil pemeriksaan, polis mendapati ada dua lagi wanita warga Thailand di dalam rumah berkenaan yang sedang bersiap-siap menanti pelanggan untuk perkhidmatan seks.
“Siasatan awal mendapati ketiga-tiga mereka terlibat dalam kegiatan pelacuran. Bagaimanapun, penjaga mereka tidak berada di rumah berkenaan ketika serbuan dilakukan,” katanya. - 

0 Response to "Pelacur Tersilap Buka Pintu."

Post a Comment