.
JAKARTA, (MLP) - Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 didapati menambah kelajuannya lebih tinggi daripada biasa dan kemudian terhenti, kata Menteri Pengangkutan Indonesia, Ignasius Jonan.
Dalam kenyataannya, Ignasius berkata, pesawat itu terbang secara menaik dengan kelajuan 6,000kaki (1,828m) per minit.
Tambah Ignasius, kelajuan seperti itu adalah di luar jangkauan normal sesebuah pesawat penumpang, malah pesawat pejuang juga tidak akan terbang dengan kelajuan sebegitu.
Pesawat Airbus A320-200 membawa 162 penumpang termasuk anak kapal itu terhempas 28 Disember di Laut Jawa ketika berdepan cuaca ribut yang kencang.
Sehingga hari ini, hanya 53 jasad penumpang berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat di sekitar Selat Karimata.

0 Response to "QZ8501 Hari ke-24: Pesawat tambah kelajuan,"
Post a Comment