.

SURABAYA– Selepas hampir dua minggu sibuk bertugas mengenal pasti identiti mayat, selain duduk termenung atau bersembang kosong di bilik mayat, jangan terkejut melihat petugas forensik nahas QZ8501 juga leka memancing ikan air tawar.
Mungkin itulah sahaja cara paling mudah mengisi masa lapang buat puluhan anggota pasukan dikenali sebagai Disaster Victim Indentification (DVI) yang agak popular sejak drama bersiri Crime Scene Investigations (CSI) disiarkan stesen TV seluruh dunia.
Bertempat di Hospital Polis Jawa Timur Bhayangkara di sini, unit DVI pasukan polis Indonesia bergilir-gilir mengikut syif dengan petugas forensik luar negara cuma sibuk sejurus mayat dari bangkai pesawat malang AirAsia Indonesia itu berjaya ditemui.

Selain pemancing ikan dari kalangan anggota Tentera Nasional Indonesia, pasukan DVI antarabangsa itu turut mengandungi ramai petugas forensik terbaik dari Malaysia, Singapura, Korea Selatan, Australia dan Emiriah Arab Bersatu.
Sehingga lewat malam tadi, sudah ada 41 jenazah yang tiba di Bhayangkaran dengan 25 daripadannya berjaya dikenal pasti serta telah diserahkan kepada pihak keluarga manakala jenazah yang lain setakat ini masih dalam proses pengecaman.– Agensi
0 Response to "Petugas Forensik memancing ikan."
Post a Comment