Persembahan Mengecewakan, Timbul Konspirasi Selamatkan Kumpulan Virus ?

.
Hari ini ialah hari Jumaat. Selain daripada bersembahyang Jumaat untuk kaum Muslimin, malam ini ada rancangan kegemaran admin iaitu Maharaja Lawak Mega 2014. Admin pasti ramai yang tertunggu-tunggu program ini setiap minggu kan untuk bergelak ketawa melepaskan stress bekerja selama seminggu. Minggu ini juga bakal jadi penentuan kumpulan manakah yang akan layak bertarung di ‘final’. Adakah Virus akan berjaya buat ‘comeback’ atau sekali lagi tampil dengan lawak yang mengecewakan?
zizan dan virusDitegur oleh Fazura baru-baru ini, Zizan Razak tidak menyalahkan juri jelita tersebut yang mengeluarkan pendapatnya di laman sosial. Namun Zizan enggan mengulas panjang tentang perkara tersebut kerana dinasihati oleh pengurusnya. Zizan juga turut tampil menafikan dakwaan dirinya bergaduh dengan Yus dan Tauke serta ada konspirasi menyelamatkan Virus daripada penyingkiran. Kata Zizan:-
Saya tak salahkan Fazura. Sejujurnya saya langsung tiada masalah dengan Yus dan Tauke. Kalau orang cakap kami ada masalah persefahaman memang jauh sekali. Tambahan pula kami tak pernah bergaduh walaupun dari segi idea. Kami saling bertegur dan masing-masing beri tunjuk ajar.
Mungkin itu adalah rezeki kami semua jika tiada penyingkiran. Saya rasa tiada konspirasi pun mengenai hal itu. Saya sendiri pernah mengacara program realiti dan saya percaya pihak Astro sememangnya berlaku adil
virus mlm2014
Konspirasi atau tidak, malam ini adalah malam penentuan. Admin memang ternanti-nanti kumpulan mana yang bakal tersingkir daripada MLM2014. Diharap para pengundi dan para juri membuat pilihan yang bijak. Biarlah kualiti mengatasi populariti. Apa pun, sama-samalah kita nantikan persembahan para peserta MLM2014 malam ini. Agak-agaknya siapakah yang bakal melayakkan diri ke final minggu hadapan? Sumber Beautifulnara.com

0 Response to "Persembahan Mengecewakan, Timbul Konspirasi Selamatkan Kumpulan Virus ?"

Post a Comment