pengganas sembunyikan peluru dalam Al-Quran.

.
Kediri: Suspek pengganas yang menembak mati lapan anggota polis sebelum ini, didakwa menjadikan al-Quran sebagai tempat menyembunyikan peluru.
Ketika anggota skuad elit antipengganas Indonesia - dikenali sebagai Densus 88 - menyerbu rumah ibu bapa Roni di Krenceng, daerah Kepung, mereka terkejut apabila menemui peluru berkenaan dalam naskhah al-Quran.
Bagaimanapun, menurut sumber, sepucuk revolver yang dicuri Roni daripada seorang anggota polis di Bima, gagal ditemui.
Jurucakap Densus 88, Ibnu Suhendra berkata, serbuan di rumah ibu bapa Roni itu dibuat sejurus selepas mereka selesai menggeledah rumah suspek.
“Kami mencari revolver yang dilarikan Roni sebelum ini,” katanya.
Roni - atau dikenali dengan nama samaran Jaka dan Fuad - ditembak mati pagi kelmarin di rumahnya sekembalinya dari sawah.
Anak sulung daripada lima beradik itu dikenali seorang lelaki pendiam, namun di sebalik sikapnya yang tidak menonjol itu, dia didakwa pernah membunuh lapan daripada sembilan anggota polis yang diserangnya.
Ketika remaja, Roni dikatakan membunuh teman sekampungnya dengan cangkul.
Atas kesalahan itu dia dipenjara tujuh tahun.
Roni, 33, mempunyai seorang isteri dan tiga anak.
Ibnu Suhendra berkata, pistol yang dicari itu dipercayai digunakan Roni melakukan pelbagai serangan di beberapa daerah.
“Kami cuma menemui peluru berkenaan dalam al-Quran yang diletakkan di bilik depan rumah ibu bapanya,” katanya.





0 Response to "pengganas sembunyikan peluru dalam Al-Quran."

Post a Comment