.
07 januari 2015

INDONESIA, (MLP) – Seorang imam yang berkhidmat di Masjid
Istiqlal menyatakan bahawa jenazah mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501
tidak perlu dicari dan dibawa keluar.
“Jenazah yang berada dalam keadaan rosak dan tidak dapat dikenal pasti sepatutnya dibiarkan sahaja tenggelam di dasar laut,” ujar imam besar, Ali Mustafa Yakub.
Memetik laporan portal Republika, Imam Ali menjelaskan, proses menyelamatkan jenazah akan mengambil masa yang panjang sebelum boleh dibawa ke darat.
Justeru, mangsa yang meninggal dunia di atas kapal komersil berkenaan boleh dibiar tenggelam sebagai pengganti kepada pengebumian.
“Misalnya jika ditunggu sehingga sampai ke daratan, mayat akan busuk. Tetapi sekarang ada ujian DNA, jadi sebaiknya dibawa ke daratan,” tambahnya.
Menurutnya kaedah tersebut sudah dibincangkan di dalam beberapa kitab Islam yang mana penenggelaman dilakukan dengan cara mengikat pemberat kepada jenazah.
“Namun dalam situasi ini, pengurusan jenazah lebih afdal dilakukan bersama teknologi yang canggih,” terang Imam Ali lagi.
Kredit gambar: epa

0 Response to "Hari ke-9: ‘Mayat-mayat mangsa boleh dibiarkan sahaja di dasar laut’!"
Post a Comment