Ekor pesawat AirAsia ditemui.

.
07 januari 2015


"Kita dapati ada tulisan A,X dan tulisan ‘Air’. Dengan itu, saya sahkan ini adalah bahagian ekor pesawat QZ8501”, kata beliau.

KUALA LUMPUR, (MLP) - Pasukan Badan Mencari dan Menyelamat Indonesia (BASARNAS), mengesahkan bahawa objek yang ditemui oleh kapal pencari dan penyelamat Geo Survey adalah bahagian ekor pesawat AirAsia QZ8501.

Menurut Ketua BASARNAS Bambang Soelistyo, huruf A,X dan tulisan ‘Air’ pada objek ditemui menyakinkan BASARNAS bahawa ia adalah serpihan ekor pesawat.

Dilaporkan, beliau menerima berita ini pada jam 10 pagi kemudian mengarahkan mereka untuk mengambil foto serpihan tersebut. 

Laporan dan gambar tiba kepada Bambang pada kira – kira jam 10.30 pagi.

"Kita dapati ada tulisan A,X dan tulisan ‘Air’. Dengan itu, saya sahkan ini adalah bahagian ekor pesawat QZ8501”, kata beliau.

Objek itu dilaporkan berukuran panjang 10 meter, lebar lima meter dan tinggi tiga meter. 

Menurut Bambang, penemuan ini akan menjadi titik pencarian untuk mencari kotak hitam pesawat dan bahagian pesawat yang lain.
qz8501-pesawat-terbang-terlalu-perlahan

Kredit Gambar: Pakdin/AFP/Awani 
.

Related Posts :

0 Response to "Ekor pesawat AirAsia ditemui."

Post a Comment