.
12 januari 2015
Gelagat hari pertama persekolahan murid 2015.
Gelagat hari pertama persekolahan murid 2015.




Pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Laut (SKKL) Tumpat tetap menghadiri hari pertama sesi persekolahan 2015 walaupun tanpa memakai pakaian seragam sekolah selepas dilanda banjir tiga minggu lalu.--fotoBERNAMA


Murid tahun lima dan enam Sekolah Kebangsaan Manik Urai Aziz Hasni,11 bersama Siti Norjibah Abd Aziz,12, menghadiri hari pertama sesi persekolahan 2015 dengan penuh bersemangat meskipun tidak berpakaian sekolah. Meskipun sekolah berkenaan turut terjejas teruk akibat dilanda banjir besar baru-baru ini namun sesi persekolahan yang bermula hari ini tetap berjalan dengan lancar.-- fotoBERNAMA
Antara gelagat murid tahun satu semasa waktu rehat pada hari pertama sesi persekolahan ketika tinjauan di Sekolah Kebangsaan Convent Alor Setar pada Ahad.--fotoBERNAMA

MENGANTUK: Antara gelagat murid tahun satu pada hari pertama sesi persekolahan ketika tinjauan di Sekolah Kebangsaan Convent Alor Setar. Seramai 30,290 murid memasuki Tahun Satu di 544 buah sekolah rendah di negeri ini yang mana bilangannya menurun sebanyak 617 pelajar berbanding tahun lepas.--fotoBERNAMA

Antara gelagat murid tahun satu pada hari pertama sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Convent Alor Setar pada Ahad. --fotoBERNAMA

0 Response to "gambar Hari pertama persekolahan 2015,"
Post a Comment