Bangla di dakwa niat cabul budak bawah umur.

.
cabul kes jenayah polis
SEREMBAN – Seorang pekerja restoran warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban di sini, semalam atas pertuduhan mempunyai niat mencabul kehormatan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dalam kejadian yang berlaku di sebuah restoran di Nilai pada 31 Disember 2014.
Tertuduh, Amzad Hossain, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Majistret, KB Elena Hong Tze Lan.
Mengikut kertas pertuduhan, Amzad didakwa menggunakan kekerasan jenayah ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, dengan niat hendak mencabul kehormatan dalam kejadian yang berlaku di sebuah restoran di Nilai kira-kira jam 8.30 malam pada 31 Disember lalu.
KB Elena Hong Tze Lan menetapkan wang jaminan sebanyak RM8,000 dikenakan kepada tertuduh dengan seorang penjamin warganegara berserta dua syarat tambahan iaitu pasport tertuduh akan ditahan sehingga kes ini selesai dan tertuduh tidak dibenarkan mendekati mangsa dengan jarak 50 meter.
Kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Mohammad Zanudin akan disebut semula pada 9 Februari depan. SH

0 Response to "Bangla di dakwa niat cabul budak bawah umur."

Post a Comment