.
11 januari 2015

SINGAPURA, (MLP) - Dua adik beradik, Calvin Tan Jian Wei, 28, dan Edwin Tan Jian An, 26, telah dijatuhkan hukuman 12 sebatan rotan oleh Mahkamah Tinggi kerana telah membantu dalam perogolan seorang wanita yang berkerja sebagai pelayan di sebuah pub di sini.
Rakan mereka Ho Boon Sheng yang berumur 25 tahun yang telah melakukan kesalahan rogol itu pula dikenakan hukuman penjara selama 13 tahun setengah. Kejadian ini telah berlaku di sebuah hotel di jalan Jiak Chuan pada pukul 11 malam pada 3 Julai 2010. Mangsa pada ketika itu berusia 18 tahun.
Pada malam 3 Julai 2010, mereka telah bertemu dengan mangsa yang dikenali oleh Edwin selama sebulan sebelum kejadian ini berlaku. Mereka telah bermain satu permainan yang melibatkan arak di mana mangsa telah menjadi terlalu mabuk. Tiga lelaki itu kemudian telah membawa mangsa ke hotel di mana mereka telah merogolnya.
Mangsa telah menjerit dan pihak hotel telah memanggil pihak polis dengan segera. Mereka ditahan pada pagi 4 Julai 2010. Sejak itu, mereka berada dalam tahanan polis tetapi Ho telah keluar dari penjara melalui jaminan.
Sejak itu, dia telah berkahwin dan kini mempunyai dua anak perempuan. Dia telah menghadiri prosiding mahkamah bersama isteri, anak dan ahli keluarga yang lain.
Kredit Foto: Straits Times
0 Response to "Adik-beradik disebat kerana membantu perogolan wanita,"
Post a Comment