Tujuh Beranak Makan Nasi berlauk Budu.

.
07 dec 2014


KOTA BHARU- Bagaikan jatuh ditimpa tangga, itulah nasib tujuh beranak,di kampung puteri saadong, wakaf Che Yeh di sini yang hanya makan nasi berlaukan budu hampir setiap hari, selepas ketua keluarganya terpaksa berhenti kerja akibat mengalami ketumbuhan di bahagian perut sejak empat bulan lalu.
Dapur kayu yang digunakan Zaiton untuk memasak nasi dan menyediakan makanan untuk keluarganya.

Lebih malang, anak sulung dan kedua keluarga berkenaan juga terpaksa melupakan zaman persekolahan mereka disebabkan kesempitan hidup, setelah ibu mereka yang bekerja di Pasar Borong Wakaf Che Yeh diberhentikan kerja apabila majikannya tidak mampu membayar gaji.

Bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka, anak sulung pasangan Zaiton Mamat, 41, dan Mohamad Zulkifli Abdullah, 45, Mohamad Lokman Mohamad Zulkifli, 19, kini menggalas tanggungjawab sepenuhnya menyara keluarga, yang bekerja sebagai pembantu jualan di Pasar

Manakala anak kedua, Mohamad Hakim Mohamad Zulkifli, 15, juga tidak bersekolah disebabkan kedaifan hidup mereka dan memberi peluang kepada tiga adiknya, Nur Mashitah, 14, Nur Ain Athirah 9, dan adik bongsu Nur Alia Qistina 3 untuk meneruskan persekolahan.

Sementara seorang lagi anak pasangan itu, Nur Arisha Amina, 4, terpaksa diserahkan kepada ibu saudaranya di Kuala Lumpur disebabkan Zaiton tidak mampu beli susu formula memandangkan tidak mempunyai punca pendapatan yang tetap setelah diberhentikan kerja.

Menurut Zaiton, pendapatan RM10 sehari yang diperolehi oleh anak sulungnya itulah digunakan untuk membeli sekilogram beras dan sebotol budu memandangkan itu sahajalah yang mampu dibeli bagi mengelakkan anak-anaknya kelaparan.

“Kadang-kadang saya rela tidak makan, lagipun tidak sampai hati melihat anak-anak dan menangis tidak cukup makan. Begitu juga jika putus bekalan makanan, saya akan berusaha untuk dapatkan ubi kayu atau pisang rebus yang diperolehi dari pokok ubi dan pisang liar yang tumbuh berhampiran rumah,” kata Zaiton dengan sedih.-berita terbaru.

(  Lagi berita sedihDI SINI  )

0 Response to "Tujuh Beranak Makan Nasi berlauk Budu."

Post a Comment