Perginya Adik Qysstina Menghadap Yang Maha Esa

.

Dari ALLAH kita datang dan kepada ALLAH kita kembali. Setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Sebelum ini kami ada kongsikan tentang kisah adik Qysstina yang menghidapi penyakit Luekimia yang sungguh menyentuh perasaan.

Untuk makluman semua rakyat Malaysia adik Qysstina telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya semalam tepat pukul 4.05 petang di kediamannya di Taman perai, Kuala Ketil,Kedah.Mayat adik Qysstina telah selamat dikebumikan lepas isyak semalam di Tanah Perkuburan Islam Kuala Ketil.



Menurut Puan Natipah, seorang sukarelawan yang giat membantu adik Qysstina, selepas adik Qysstina menghembuskan nafas terkakhir di hadapan beliau dan ibu bapanya,  hujan mula turun dengan lebat seolah-olah menangisi pemergian adik Qysstina

"Wajah adik Qysstina sungguh berseri-seri selepas beliau menghembuskan nafas terakhir. Ini kali pertama dalam hidup saya selama buat kerja amal sampai ke tahap ini dimana adik Qysstina meningga di atas riba saya" katanya


Kes adik Qysstina ini telah mendapat perhatian ramai dimana telah mendapat perhatian Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Sri Sharizat Jalil yang menghantar wakil memberi bantuan.

Ibu Qysstina iaitu Puan Norhasyimah Binti Abu Hassan, Puan Natipah abu dan PuanEnaZamri mengucapka ribuan terima kasih tidak terhingga keada rakyat Malaysia yang membantu adik Qysstina. Segala kutipan wang sebelum ini akan di sumbangkan kepada rumah anak-anak yatim yang akan diputuskan nanti oleh ibu adik Qysstina kerana beliau berasal dari dari rumah anak yatim sejak berumur 13 tahun lagi.

Selain itu, mereka juga rasa sedikit terharu kerana sebelum pemergian adik Qysstina, dia sempat menjamah buah manggis yang diberikan oleh orang ramai yang prihatin dengan adik.


Menurut Puan Natipah, Buah manggis tersebut telah di pos oleh seorang lelaki berbangsa Cina dari Sarawak dan dari kawan ibu adik ini yang datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk memenuhi permintaana adik Qysstina yang sukar di cari kerana diluar musim.

"Ini menunjukkan semangat membantu antara satu sama lain yang tidak mengira bangsa dan membuktikan kesatupaduan rakyat Malaysia." katanya.

Selagi lagi kami dari Siakapkeli, Puan Syima, Puan Natipah dan Puan Ena ingin mengucapkna jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantu adik Qysstina dan semoga akan mendapat balasan setimpal dari ALLAH.

Bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada adik Qysstina semoga rohnya terus diangkat ke syurga. AMIN.-Siakapkeli.com.my

0 Response to "Perginya Adik Qysstina Menghadap Yang Maha Esa"

Post a Comment