Kisah Pasangan Kahwin Muda Jadi Viral Di Internet

.
SECARA tiba-tiba kisah pasangan remaja yang berkahwin pada usia muda iaitu Muhd Muaz, 15, dan isterinya Amiera Nur Ezati, 17, jadi perbualan hangat netizen.
Berita pasangan pengantin baru ini nyata menerima pelbagai reaksi dan pandangan daripada orang ramai.
Ramai memuji dengan berkata keputusan pasangan ini boleh menghindari maksiat dan zina namun tak kurang juga, menzahirkan rasa bimbang akan kehidupan mereka kemudian hari.
Menerusi laman sosial Facebook milik Muaz, dilihat ramai yang memberikan ucapan tahniah dan nasihat kepadanya dan pasangan.
10013775_823055717754755_8460612293763464343_n (1)10419062_823055757754751_3305495657114496977_n (1)
10451849_823055687754758_9001693412290813157_n (1)
Menurut Muaz menerusi Facebook, perkahwinannya bukanlah atas dasar paksaan malah keluarga kedua belah pihak telah setuju mempercepatkannya.
Begitu pun, dia meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang menuduh isterinya sedang hamil gara-gara mereka berkahwin pada usia muda.
10868108_823055817754745_3862190999340827753_n
Untuk makluman anda, pasangan muda ini telah berkahwin pada 30 November lalu, dipercayai diadakan di Johor.
Dua tahun lalu, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun berkahwin dengan pasangannya berusia 14 tahun dari Pahang, pernah jadi isu hangat dan tajuk utama di dada-dada akhbar. Sayangnya, perkahwinan tersebut tidak kekal lama apabila mereka bercerai, tahun lalu. –MYNEWSHUB.CC

VIDEO PASANGAN KAHWIN MUDA DARI PAHANG (bukan pasangan di atas yea)

1 Response to "Kisah Pasangan Kahwin Muda Jadi Viral Di Internet"

  1. BER ISTRI BARU MENJELANG 2015
    Kami membawa pasangan untuk berkahwin / poligami secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Insya-Allah urusan boleh dijalankan dalam 2 hari sahaja & dokumen lengkap dapat diterima pada hari tersebut.
    Sekiranya berminat, sila hubungi :-
    DRINA DMARYA RESOURCES
    No 7 Tingkat 1, Simpang 4, Teluk Pulai Klang.Selangor
    (Atas Kedai Kek Bee's)
    Tel : 03-33745230/ 013-3311606/0136312803/0169100809
    sekiranya kami dalam THAILAND WATSAP ke no : 0169100809
    sila sebarkan maklumat ini kepada yang memerlukan
    kahwinthaibest.blogspot.com
    fb : aludin kamal
    +++ kami tidak tinggal pasangan dihotel dan balik ..kami bersama pasangan hingga selesai urusan ++ jika ada masa terluang kami bawa berjalan / Thai massage InsyaAllah...

    ReplyDelete