Wanita cantik ini adalah ketua kepada segala ketua jenayah di Iguala, Mexico.

.
16 nov 2014
Pineda rupanya adalah seorang wanita kejam dan merupakan
ketua  kepada  segala  ketua  jenayah  di Iguala. ( gambar ) 

Dia, Maria de los Angeles Pineda bukan calang-calang orang sebaliknya merupakan ketua kepada kumpulan kartel yang terlibat dalam 200 pembunuhan kejam dan kehilangan penduduk di bandar Iguala. Pineda yang juga isteri kepada Datuk Bandar Iguala menjadi tajuk utama akhbar selepas dia ditahan berhubung pembunuhan beramai-ramai 43 pelajar baru-baru ini.
Dia juga adalah ketua kartel dadah United Warriors, satu kumpulan penjenayah yang terkenal kerana sering menculik mangsa pada waktu malam dan kemudiannya`melenyapkan’ mangsa berkenaan.
pag_10_edicion_608_920
Pineda sendiri berasal daripada keluarga penjenayah. Anggota keluarganya termasuk ibu dan bapanya ditahan di penjara manakala saudara-maranya yang lain turut ditangkap dan ada yang mati dibunuh.
Sejak kecil, Pineda, yang digelar wanita cantik tetapi jahat ini, telah menyaksikan penculikan dan pembunuhan yang dilakukan oleh keluarganya.-MYnewshub.

0 Response to "Wanita cantik ini adalah ketua kepada segala ketua jenayah di Iguala, Mexico."

Post a Comment