Lawak Kumpulan Jalur MLM 2014, Malukan Farah Quinn,

.
15 nov 2014
Mewakili negara Malaysia, Datuk Jalaluddin Hassan dan pelakon cantik, Nur Fazura telah diberi kepercayaan memberi ulasan dan komen terhadap setiap persembahan yang dijayakan.
Sementara mewakili Indonesia, chef seksi dan jelita, Fara Quinn diberi tanggungjawab seperti mana yang digalas Luna Maya tahun lalu.Penyanyi yang popular dengan lagu Awak Kat Mana, Taufik Batisah pula mewakili juri dari Singapura.
Lawak mahu menghisap ‘nenen’ yang ditujukan kepada Fara mungkin bagi sesetengah orang boleh menerimanya, tetapi ada juga yang mengatakan lawak sebegitu boleh mengaibkan Fara dan jelas raut wajahnya juga sedikit berubah ketika lawak itu ditujukan buatnya.
Mungkin selepas ini pelawak-pelawak tempatan perlu lebih membuat research untuk membuat lawak yang lebih bijak daripada menggunakan lawak-lawak separa lucah dalam meraih perhatian peminat untuk mengundi mereka. Video://www.youtube.com/watch?v=S9f2sFNE1vs



0 Response to "Lawak Kumpulan Jalur MLM 2014, Malukan Farah Quinn,"

Post a Comment