Isu Mia Sara hopokrit terhadap puteri Balqis.

.
30 nov 2014

Kasihan pelakon kecil Mia Sara, kononnya dia dianggap 'hipokrit' terhadap puteri Balqis,
Sebelum ini ada pihak yang mengatakan Mia tidak menegur atau bercakap langsung terhadap puteri Balqis, semasa bekerjasama dalam produksi yang sama, tak baik ni kalau tak bertegur-sapa,!

Ini kerana Mia Sara pernah diberitahu oleh bapanya iaitu Muhamad Ridhuan muhammad Saleh untuk tidak banyak bercakap di set produksi atau penggambaran dan hanya berfokus kepada kerja, dan yang paling penting ialah jangan menyampuk apabila orang sedang bercakap.

Berikutan itu, bapa Mia Sara merasa terkilan apabila mengetahui cerita ini yang boleh menjatuhkan nama baik Mia Sara. Bapa Mia Sara berasa pelik dengan sesetengah pihak yang sanggup bercakap buruk dan menyebarkan gosip mengenai Mia yang baru berusia 9 tahun,
Bapa Mia Sara Bengang Anak Dituduh Hipokrit
Ridhuan (bapa Mia),pernah memberitahu media di MSTARyang dia sememangnya mendidik tingkah laku anaknya itu dalam apa juga situasi. 
Bapa Mia Sara Bengang Anak Dituduh Hipokrit2
Usaha lain Bapa Mia Sara termasuklah menyediakan semua kelengkapan set barangan solek,beg dan baju sendiri selain ada orang menjaganya sepanjang berada di lokasi penggambaran.

“Apabila saya sediakan segala kelengkapan untuk Mia, itu pun dah ada orang bercakap kononnya nampak ‘poyo’. Walhal saya mahu memudahkan lagi perjalanan produksi dan tidak mahu kerana anak saya, orang lain pula bermasalah.
“Pada masa sama saya turut memberitahu Mia untuk tidak banyak bercakap di set dan hanya fokus pada kerja. Dan yang paling penting jangan menyampuk apabila orang sedang bercakap.  Diharapkan pada masa akan datang hubungan Mia Sara dengan Puteri Balqis akan kembali baik..!
(Mia Sara)



(Puteri Balqis)


0 Response to "Isu Mia Sara hopokrit terhadap puteri Balqis."

Post a Comment