Gambar terbaik Hari ini.

.
17 nov 2014 
Keranda yang membawa jenazah mangsa nahas pesawat MH17 diusung keluar dari pesawat Hercules di lapangan terbang Eindhoven, Belanda selepas menempuh penerbangan dari Kharkiv, Ukraine pada 8 November 2014. 




Gondola teroleng-oleng kerana dipukul arus di kawasan Dataran Saint Mark yang ditenggelami air di Venice, Itali pada 7 November 2014. Limpahan air yang menenggelamkan sebahagian dataran tersebut adalah disebabkan oleh kenaikan paras air laut,AFT



Salah seorang pengunjung yang memakai kostum berwarna-warni menikmati keseronokan musim karnival di Mainz, Jerman pada 11 November 2014. - EPA/Fredrik Von Erichsen


Prof. Dr. Masathoshi Sone bergambar dengan fosil gigi dinosaur herbivor yang berukuran dimensi 13mm panjang dan 10.5mm lebar dan dipercayai berasal dari zaman Cretaceous. - AWANI / SHAHIR OMAR



Salah satu imej pemantauan dalam siri gambar khas misi pesawat angkasa Rosetta disiarkan dalam Twitter @Philae2014.

Isteri Tan Sri Mohd Bakri Omar, Puan Sri Maizura Yusof sedang merenjiskan air bunga ke atas pusara Allahyarham suaminya di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. - Astro AWANI/Shahir Omar


Seorang kanak-kanak perempuan meletakkan sekuntum bunga ros di Tembok Berlin untuk memperingati 25 tahun runtuhnya Tembok Berlin di Bernauer Strasse pada 9 Nov, 2014. - AFP/JOHN MACDOUGALL



0 Response to "Gambar terbaik Hari ini."

Post a Comment