Ameng, (Spring) Bakal merakam Lagu Di Penjara.

.
22 nov 2014
Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 46, menyangkakan kerjayanya sebagai penyanyi sudah berakhir ketika menjalani hukuman tetapi berita berkenaan benar-benar menggembirakannya.

“Saya menyertai semua program banduan termasuk pertandingan mencipta puisi, lagu dan nasyid serta sudah beberapa kali memenangi pertandingan itu.
“Bermula dari situlah saya fikir untuk mencipta lagu dan tidak menyangka hasrat itu disambut baik pihak Jabatan Penjara dan rakan artis,” memetik laporan Harian Metro.
Ameng hanya dibenar mengunakangitar dua jam seminggu, dia mula mencari irama yang sesuai di sebalik penjara tempat dia melunaskan hukumannya itu,kesiannya..:(
Dia dihukum penjara tiga tahun lalu selama lapan tahun dan 10 kali sebatan atas tiga pertuduhan dan dijangkakan akan DIBEBASKAN pada 14 Julai 2016.
Ameng dihukum penjara lapan tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah memiliki kanabis seberat 105.90 gram dalam sebuah bilik hotel di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir di sini pada 5.20 petang 1 Februari 2011.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ameng dihukum penjara dua tahun setelah mengaku bersalah pada waktu, tempat dan tarikh yang sama, memiliki dadah methamphetamine (syabu) seberat 0.22 gram.


0 Response to "Ameng, (Spring) Bakal merakam Lagu Di Penjara."

Post a Comment