.
9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UITM Shah Alam. So, perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal kerana aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan dan keperihatinan yang ada pada aku dan kawan-kawan, maka kami berjaya menyewa di sebuah rumah berdekatan kawasan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].
Rumah itu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik di atas dan 1 bilik bawah. Kitorang berlapan, maknanya 2 orang bagi satu bilik. Aku ringkaskan saja la, kitorang masuk rumah itu dengan perasaan berbelah bahagi. Best, suka, pelik, rimas dan takut semua ada.
Pertama, tuan rumah hanya minta RM50 sahaja sebagai deposit dan sewa pertama hanya perlu bayar apabila masuk bulan kedua. Kiranya bulan pertama free la…
Kedua, tuan rumah tak bagi kitorang bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik katanya…
Ketiga, pokok Ara tepi rumah itu besar sangat sampai dahannya boleh masuk ke dalam tingkap bilik atas.
Malam pertama, kami tidak dapa tidur kerana sibuk punggah dan kemas barang sambiil layan DVD Korea. Gangguan seram bermula pada hari kedua. Tak perlu tunggu malam, siang hari pun kami sudah dikacau. Azmi “dagu” merupakan orang first yang kena.
Masa itu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun untuk membuang air besar. So, dia pergi la toilet bawah tapi dalam toilet seperti ada orang [sbb pintu tertutup]. Toilet atas pula rosak, tuan rumah kata nanti dia akan baikikan. Tunggu punya tunggu, tak kuar-kuar orang dalam tandas. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikitt keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apahal. Yang peliknya, kitorang berlapan semua ada, habis tu siapa yang berada dalam tandas? Pintu toilet pula berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi… Dalam ramai-ramai, Lan seorang saja yang berani sikit [mungkin sebab dia ni keturunan Bugis kot], dia pergi rentap pintu toilet tu sampai terbuka. Takada orang tapi dari kesan yang ada, pintu tu memang dikunci dari dalam. Last-last si Azmi tak jadi berak… Mungkin pasal takut kot.
Malam tu kitorang kena lagi teruk.
Masa aku nyenyak tidur, tetiba ada orang tarik dua-dua belah kaki aku sampai jatuh dari katil. Kepala aku terhentak dulu pada lantai!! Apa lagi, angin la aku sebab ingat budak-budak nak buat pedajal dekat aku tapi bila aku bangun tak ada orang pula. Yang ada cuma si Lan yang tengah membuta di katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab confirm dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diorang tengah layan DVD di hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab still bingung tp baru aku terperasan masa ak tengah jengok ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah…
Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut, kiranya macam ada orang la. Aku tarik kain selimut tu and guess what? Ada batu nisan yang sudah retak-retak dan automatiknya bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang teramat.
Masa ni korang jangan tanya apa aku buat sebab kalau benda ni jadi pada korang pun takkan korang nak stay lagi dalam bilik tu betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah dah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar dari bilik tu dan pergi ke hall sebab nak bagitahu member-member aku la kononnya tapi yang macam haram jadahnya member aku seorang pun dah tak ada di hall. Nak tahu diorang di mana? Semua dah duduk di luar rumah!! Rupanya diorang awal-awal lagi dah kena kacau. Yang lakhanatnya, tak ada seorang pun kejutkan aku… Taik betul diorang ni.
Lepas diorang tenangkan aku, kitorang decide nak buat apa sekarang sebab sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam, rumah tok imam pun kitorang tak tahu. Nak mintak tolong jiran, kiri kanan rumah kitorang cina. Last-last Salleh ajak lepak restoran Hakim saja sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelikat saja. Mahu tak mahu terpaksalah juga kitorang masuk ruma tu balik sebab nak ambil seluar, wallet dan kunci motor.
Oleh sebab bilik si Bob dengan Naim saja yang berada di bawah, maka kitorang decide untuk pinjam baju and suar dia. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Wallet aku pun tinggal. Masing-masing pakat guna duit Naim dulu. Nasib baik kunci motor kitorang sangkut pada dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak pula perasan ada budak perempuan di pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan pada dia. Yang aku pula boleh terperasan budak tu juga sebab aku tengok muka Wak dah kejung campur pucat lesi. Sekali budak tu senyum rasa macam nak terkincit dalam suar la… Kepala lutut aku menggigil sampai di restoran Hakim!!!
Setibanya kitorang di restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 pagi lebih, dia sibuk download lagu tetiba ada bunyi macam orang baling batu pada tingkap bilik dia. Bila dia jengok, dia nampak ada seorang perempuan duduk di atas pokok kayu Ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan, koyak-koyak dan rambut panjang. Yang sadisnya, perempuan hodoh tu boleh senyum pula pada dia. Wak ni apa lagi tutup tingkap bilik dia dan terus keluar untuk pergi ke bilik aku kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pula duduk depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. So, dia ambil keputusan terjun dari tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.
Azmi “dagu” pula cerita yang dia nampak ada budak perempuan lambai tangan pada dia [yang ni, aku pun kena juga ok]. Aku confirm yang budak ni buhkan manusia sebab aku tengok kaki dia tak ada!! Sam pula cerita dia nampak hantu tu pada siling rumah! Bila buka mata saja, hantu tu betul-betul “eye to eye” dengan dia. Kiranya masing-masing semua kena kacau la ni. Dan aku orang last yang cerita.
Aku cakap la yang aku kena tarik dua-dua kaki masa tidur sampai kepala aku terhentak pada lantai. Lepas itu aku cakap la yang aku nampak diorang tengah layan DVD di hall tapi si Azmi tetiba nyampuk “bila masa pula kitorang tengok DVD ni?”. Rupa-rupanya tak ada seorang pun yang tengok DVD pagi tu!! Dah tu, siapa yang aku nampak? Haru betul… Kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat menggigil.
Tengah sibuk-sibuk berborak, aku terbau sesuatu yang kurang enak. Member-member aku yang lain pun bau juga. Rupanya si Azmi terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang di Restoran Hakim tu. Malu betul. Aku pula boleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dari sibuk-sibuk cerita seram terus jadi cerita kelakar pula.
Tengah sibuk-sibuk ketawa, baru kitorang perasan yang si Salleh dengan Naim tak ada dengan kitorang. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang saja yang bawa HP, so kitorang try call Naim tapi tak ada orang angkat. Try call Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Then, Lan ambil HP Bob, dia baca apa entah agaknya, lepas tu dia suruh Bob call Naim lagi sekali. Bob call dan buka loud speaker. Korang tahu apa jadi? Ada suara perempuan mengilai. Gila-gila punya ngilai la sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last-last kitorang sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah tu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan ngilai pada HP tu, tak ada seorang pun di antara kitorang bercakap… Sampai Subuh!!
Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor HP Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?
Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.
Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.
Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh.
Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini “keras”.patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Cisss……
Aku demam 3 hari.
Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.
Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?
Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..
Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah
Opps.. Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal HP dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil HP tu tapi itu pun kalau korang berani la… Nokia 3310
0 Response to "Kisah Seram !!!.. Rumah Sewa RM50 Sebulan Di Shah Alam !."
Post a Comment