.
#ADEGAN mesra dan intim dalam sesebuah drama dan filem pastinya dapat memberikan lagi rencah dalam penghasilan sesebuah karya seni itu.
#Ianya terpulang kepada interpretasi dan imaginasi pengarah bagaimana mahu mencorakkan sesuatu babak intim itu mengikut jalan ceritanya yang tersendiri.
#Dan tugas pelakon pula menjadi medium penyampai seperti mana yang diarahkan oleh sutradara tersebut.
#Berkongsikan pengalamannya menjayakan watak mesra dengan pelakon Izara Aishah, Remy Ishak mengatakan terdapat pelbagai cabaran yang harus dihadapinya sepanjang menjayakan babak romantis itu.
Melahirkan keterujaannya berlakon dalam naskhah terbaharu pengarah Osman Ali menerusi filem Pilot Cafe, Remy yang membawakan watak Rashid berkongsi kisah cabarannya sepanjang melakonkan babak asmara yang dianggap paling mencabar buatnya.
Memetik Malaysian Digest Remy berkata, “Babak saya dan Maya (Izara) berasmara antara babak mencabar.
“Ianya memerlukan kami berdua berbaring di atas batu di pantai. Ketika penggambaran itu, ombak sangat besar. Sebelum buat babak itu saya ada beritahu Izara yang saya rasa takut sebab memang ombak kuat pada masa itu.
“Ada sekali kami dipukul ombak dan hampir hanyut. Mujurlah tangan saya mencengkam kuat pada batu. Ketika lakukan babak itu juga kaki saya tercucuk batu karang dan mengalami pendarahan.
“Kesannya sampai sekarang di tapak kaki saya ada satu lubang kecil akibat tusukan karang itu.”
Wah, sampai cedera-cedera kaki dibuatnya kerana babak asmara. Mesti ramai tak sabar nak tengok macam mana hasil babak tu kan..
Pilot Cafe yang merupakan filem adaptasi novel dengan judul sama, hasil tulisan novelis popular Ahadiat Akashah bakal menjengah pawagam bermula 30 April ini.
Tunjang utama filem ini selain Remy dan Izara adalah Fahrin Ahmad, Neelofa, Datuk Eizlan Yusof, Keith Foo, Ainul Aisyah dan Aishah Alias.
– MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Remy Ishak Kongsi Pengalaman Berasmara Atas Batu"
Post a Comment